Sunday 9 December 2012

Piramid Wen-chang

Piramid mampu menyerap tenaga kosmos dari alam sekitar. Tenaga kosmos yang diserap akan saling bergema (resonan) di dalam Pagoda Wen-chang (bermakna Keperkasaan kebudayaan) untuk membebaskan tenaga yang bakal disalur oleh DNA (rambut) ke seluruh badan untuk mencerdaskan minda dan mencergaskan fizikal secaramenyeluruh. Pada zaman dahulu, Pagoda Wen-chang biasanya dibina untuk memperkasa bidang kebudayaan setempat dan melahirkan lebih ramai cendekiawan atau golongan terpelajar.Itulah sebabnya tidak kira pada zaman dahulu atau sekarang, ramai orang suka menempatkan sebuah Pagoda Wen-chang mini sama ada di dalam rumah atau pejabat agar dapat lulus dalam peperiksaan atau berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Pagoda Wen-chang dipercayai dapat membawa kemajuan dalam bidang pelajaran, peperiksaan dan pekerjaan.Keperkasaan kebudayaan sentiasa diberi keutamaan oleh masyarakat zaman purbakala.Bandar yang mempunyai Pagoda Wen-chang biasanya terdapat lebih ramai cendekiawan atau golongan terpelajar.Ini adalah sebab Pagoda Wen-chang dipercayai mampu menajamkan minda, mengembangkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan menambahkan prestasi.Di samping itu juga berkesan untuk membantu para pelajar, sarjana, peniaga dan kakitangan pejabat memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.


Piramid Wen-chang sesuai untuk:

1. Keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang, minda anak-anak akan menjadi lebih cerdas dan maju dalam pelajaran. Ia juga dapat membantu anak-anak yang lemah dalam pelajaran.

2. Mahasiswa atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang di meja bacaan dipercayai dapat menajamkan minda dan mencerdaskan otak untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


3. Pengarang, penulis, wartawan, kakitangan syarikat penerbitan, kakitangan pejabat: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang di rumah atau meja pejabatdidapati dapat meningkatkan produktiviti, menghabiskan kerja dengan lebih cekap dan berkesan, dan juga mencerdaskan otak.


4. Hiasan rumah: Piramid Wen-chang juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki Feng-shui sesebuah rumah bagi meneguhkan dan memantapkan kedudukan sosial.

No comments:

Post a Comment