Saturday 20 October 2012

Loket Tenaga Berangka Batu Laut Dalam



Setiap nombor mempunyai kepentingan sendiri dan mewakili jalan hidup yang berlainan. Loket Tenaga Berangka telah menggabungkan Kod Berangka, Lima Unsur dan Tenaga Kosmik. Tujuan utamanya adalah untuk mencapai peranan dan pewujudan individu.

- Inisiatif diri, kebijaksanaan
- Perancangan, Kejayaan
- Arah Tujuan
- Tindakan, Tanggungjawab
- Komunikasi, Rangkaian

1. Rehat dan tidur yang lebih baik
2. Membantu menurunkan tekanan darah
3. Melegakan gejala sakit sendi dan sakit bahu.
4. Menghapuskan toksin dari tubuh badan
5. Meningkatkan prestasi dan stamina atlet
6. Lebih cekap mengangkut oksigen
7. Mengurangkan ketidakupayaan mental dan fizikal
8. Meningkatkan fokus mental dan konsentrasi
9.Memulihkan penyakit kardiovaskular
10. Merangsang pengaktifan sel dan membantu membantutkan proses penuaan
11. Memulihkan strok dengan menakjubkan
Kebaikan-kebaikan Loket Tenaga Berangka Batu Laut Dalam
Loket Batu Tenaga Laut Dalam diperbuat daripada pasir dan mineral dari Laut Dalam. Bahan ini adalah semulajadi dan tidak mengandungi campuran tiruan Infra Merah Jauh mahupun ion-ion negatif. Memandangkan alam sekitar kita dicemari oleh bahan-bahan cemar elektromagnetik seperti telefon tanpa wayar, arus-arus ulang-alik, gelombang mikro daripada alat-alat pemanas serta menara-menara telekominukasi, wi-fi dan lain-lain. Tubuh kita perlu dilindungi daripada segala bahan-bahan cemar yang tidak asli ini.


Ia melepaskan Tenaga Kosmik yang membantu meningkatkan medan bio-elektrik tubuh badan. Pengembangan dan pergerakan membulat Tenaga Kosmik memberikan perisai pelindung medan di sekeliling tubuh. Tenaga kosmik mengalakkan aliran tenaga yang positif dan membantu mengekalkan keseimbangan tenaga. Ia membantu mengembalikan tenaga dalam tubuh yang telah menjadi lemah. Dengan mengembalikan tenaga, ia membantu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan.


- Frekuensi berganda yang akan bergema dan diserap oleh tubuh manusia bagi mencapai kesihatan yang baik dan juga panjang usia.

1. Fungsi Penapisan – Menapis segala frekuensi yang tidak berguna pada tubuh manusia.

2. Fungsi Peneguhan – Meneguhkan medan-bio seseorang yang telah sedia ada. Membolehkan sel-sel untuk menyerap lebih banyak tenaga asasi, tenaga universal dan getaran yang baik untuk tubuh.

3. Fungsi Resonans – Disebabkan oleh penembusan yang kuat, ia mampu untuk mencapai bahagian-bahagian tubuh yang lebih dalam bagi membolehkan gemaan terjadi, merangsang sistem tumbesaran badan.

4. Fungsi Memberi Tenaga – memperbaiki, mengawal, memberi tenaga secara efektif dan mencapai objektif kesihatan yang baik.

Piramid Wen-chang

Piramid mampu menyerap tenaga kosmos dari alam sekitar. Tenaga kosmos yang diserap akan saling bergema (resonan) di dalam Pagoda Wen-chang (bermakna Keperkasaan kebudayaan) untuk membebaskan tenaga yang bakal disalur oleh DNA (rambut) ke seluruh badan untuk mencerdaskan minda dan mencergaskan fizikal secaramenyeluruh. Pada zaman dahulu, Pagoda Wen-chang biasanya dibina untuk memperkasa bidang kebudayaan setempat dan melahirkan lebih ramai cendekiawan atau golongan terpelajar.Itulah sebabnya tidak kira pada zaman dahulu atau sekarang, ramai orang suka menempatkan sebuah Pagoda Wen-chang mini sama ada di dalam rumah atau pejabat agar dapat lulus dalam peperiksaan atau berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Pagoda Wen-chang dipercayai dapat membawa kemajuan dalam bidang pelajaran, peperiksaan dan pekerjaan.Keperkasaan kebudayaan sentiasa diberi keutamaan oleh masyarakat zaman purbakala.Bandar yang mempunyai Pagoda Wen-chang biasanya terdapat lebih ramai cendekiawan atau golongan terpelajar.Ini adalah sebab Pagoda Wen-chang dipercayai mampu menajamkan minda, mengembangkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan menambahkan prestasi.Di samping itu juga berkesan untuk membantu para pelajar, sarjana, peniaga dan kakitangan pejabat memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Piramid Wen-chang sesuai untuk:

1. Keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang, minda anak-anak akan menjadi lebih cerdas dan maju dalam pelajaran. Ia juga dapat membantu anak-anak yang lemah dalam pelajaran.

2. Mahasiswa atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang di meja bacaan dipercayai dapat menajamkan minda dan mencerdaskan otak untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

3. Pengarang, penulis, wartawan, kakitangan syarikat penerbitan, kakitangan pejabat: Letakkan Piramid Wen-chang pada lokasi Wen-chang di rumah atau meja pejabatdidapati dapat meningkatkan produktiviti, menghabiskan kerja dengan lebih cekap dan berkesan, dan juga mencerdaskan otak.

4. Hiasan rumah: Piramid Wen-chang juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki Feng-shui sesebuah rumah bagi meneguhkan dan memantapkan kedudukan sosial.

Piramid Tenaga Batu Laut Dalam



Piramid Mesir terletak di bahagian Timur Laut Sungai Nil. Ia mempunyai sejarah selama 5000 tahun dan dikenali sebagai salah satu ‘Tujuh Keajaiban Dunia’. Tenaga piramid merupakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan oleh para saintis. Ia digambarkan sebagai satu ‘fenomena semulajadi’. Rekabentuk geometri segitiganya yang unik mengeluarkan tenaga yang luar biasa. Ia mampu menarik serta mengumpul pancaran kosmik, perubahan medan magnet dan tenaga-tenaga lain yang tidak diketahui.
1. Piramid Tenaga Batu Laut Dalam direka mengikut kaedah-kaedah Mesir Purba dan kejuruteraan piramid.

2. Hitam dan emas adalah warna utamanya, keamatan dan faedah-faedah yang diperolehi daripada piramid tersebut berbeza mengikut seseorang individu.
3. Cetakan piramid pada US $1 meningkatkan tenaga kosmik positif dan membantu mengembangkan kecerdikan manusia.
4. Bentuk dan saiz dibuat dengan penuh kehalusan dan kiraan dimensi yang tepat, yang menyepadukan tenaga kosmik secara berkesan serta menghasilkan tenaga kosmik yang tidak terbatas.
5. Saiz piramid diukur melalui berat dan isipadu, ia menyeimbangkan medan magnet di sekeliling dan memperbaiki kesihatan seseorang.
6. Tapak piramid direka dengan corak yang jelas bertenaga serta totem yang membantu untuk menaikkan keyakinan diri.
7. Sesuaikan piramid mengikut paksi kutub magnet Utara-Selatan bumi bagi mendapatkan hasil yang tepat dan optimum.
8. Cekap mengeluarkan jumlah tenaga girang, menggalakkan perjalanan darah, awet muda dan memanjangkan hayat.
9. Pengeluaran ion-ion negatif semulajadi secara berterusan membersihkan tubuh serta alam sekitar, seterusnya menghilangkan pencemaran. Ia merangsang proses antioksida dan menarik semangat cergas.

Letakkan sebuah piramid di sebelah kiri pintu masuk, ini membantu memperbaiki kualiti medan magnet peribadi. Sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk tidur, kami menasihati anda untuk meletakkannya di bawah katil. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang sering menangis dan mengganggu di waktu malam, peletakan sebuah piramid di bawah katil akan membuatkan mereka tidur lena. Selain di bawah katil, anda juga boleh meletakkannya di bawah kerusi untuk memastikan anda sentiasa bertenaga serta mengurangkan kesan-kesan buruk akibat duduk terlalu lama ketika bekerja. Selain itu, masalah kesihatan dan ketidakselesaan seperti migrain, sakit gigi, keletihan, tekanan darah tinggi boleh dikurangkan. Ini kerana tenaga piramid mampu menghilangkan kesakitan, menurunkan stres, menambahkan tenaga seseorang, memanjangkan hayat dan lain-lain.
Salah satu bahagian rata piramid harus menghadap Utara dengan tepat dan diletakkan sekurang-kurangnya 3 kaki di atas puncaknya. Adalah tidak digalakkan untuk meletakkan piramid anda berdekatan dengan objek-objek metalik, peralatan elektronik serta sampah sarap rumah yang tidak perlu. Bagi menggunakan kuasa piramid secara mutlak, anda dikehendaki untuk meletakkan kuku/ sehelai rambut/ kad nama/ tandatangan anda di atas sekeping kertas lalu memasukkannya ke dalam ruang petak bawah. Dengan berbuat demikian, tuah serta hubungan anda dengan orang lain akan menjadi lebih baik. Apabila anda bermeditasi, pegang sebuah piramid kecil dengan tangan. Piramid tersebut haruslah berada di tengah-tengah tapak tangan anda. Ini membolehkan anda untuk merasai tenaga kosmik yang mencergaskan semula tubuh serta jiwa anda. Amalkan pada waktu pagi sambil menghadap matahari terbit boleh meningkatkan tenaga serta semangat yang positif.
Struktur geometri segitiga yang unik ini mempunyai tenaga yang tidak kelihatan serta berinteraksi dengan tenaga kosmik. Ia berkesan dengan mencurahkan tenaga dari matahari, bulan, planet serta tenaga daripada bumi. Kesemua tenaga-tenaga ini bergabung di tengah-tengah. Paras tenaga maksima dalam piramid terletak pada ketinggian 1/3 dari bawah di paksi tengah yang lalu dari puncaknya.